Pages

29 November 2011

Masa Depan Anak-Anak


Anak adalah anugerah Allah yang tidak terhingga kepada setiap pasangan suami isteri. Tidak lengkap rasanya hidup di alam perkahwinan jika tidak dikurniakan lagi cahayamata. Maka, bersyukurlah bagi pasangan yang telah pun dikurniakan anak, kerana masih ramai lagi di kalangan pasangan lain masih belum dikurniakan anugerah itu.

Anak juga merupakan amanah drp Allah kpd hambaNya. Amanah ini kelak akan ditanya dan dihitung oleh Allah di akhirat. Sejauh manakah kita telah memberi didikan kepada anak kita supaya dia mengenal siapa Pencipta dirinya dan seluruh alam ini. Siapakah yang berhak dia sembah dan kepada siapakah dia mesti mengabdikan dirinya. Adakah kita sudah berjaya menyelamatkannya daripada api neraka dan menunjukkannya jalan ke syurga. Semua persoalan itu, pasti akan ditanya dan dipertanggungjawabkan di atas bahu kedua-dua ibu dan bapa.

Melihat kepada suasana semasa, anak-anak muda muslim telah jauh daripada ajaran Islam yang sebenar. Mereka tidak lagi mementingkan agama dalam kehidupan mereka. Mereka telah meninggalkan suruhan yang wajib dilaksanakan sebagai orang Islam. Mereka telah meruntuhkan agama dengan mengabaikan solat lima waktu. Mereka telah menanggalkan pakaian Islam daripada tubuh mereka dan mengenakan pakaian jahiliyyah. Mereka juga telah melarikan diri daripada majlis-majlis ilmu dan menghampiri parti-parti maksiat. Mereka telah menjauhkan diri daripada masjid / surau dan mendiami disko, pub dan  club. Mereka telah memusuhi ulama / ahli agama dan mendampingi artis pujaan mereka.

Salah siapakah sehingga mereka menjadi begini?

Pada pendapat saya, terlalu banyak pihak yang bertanggungjawab dalam hal ini.

Pertama, tentu sekali peranan kedua-dua ibu bapa. Bapa sebagai ketua keluarga perlu memberikan didikan dan bimbingan yg sebaiknya mengikut landasan Islam. Bukan hanya terbaik di mata masyarakat sedunia, tetapi yang utama di ‘mata’ Allah Taala. Apa yang saya lihat, ramai ibu bapa hanya mementingkan pendidikan duniawi sahaja tanpa memberatkan didikan ukhrawi.  Mereka akan pastikan anak mereka mendapat A yang terbanyak di dalam peperiksaan dan menduduki tangga yang pertama dalam kelas, atau mendapat pointer terbaik dan menerima anugerah dekan universiti. Malangnya mereka tidak mahu memastikan anak mereka juga bisa menjawab dengan cemerlang soalan-soalan Malaikat Munkar dan Nakir di alam kubur nanti.

Ibu bapa adalah idola dan role model kepada anak-anak. Oleh itu, ibu bapa seharusnya menunjukkan contoh yg baik kepada anak supaya anak dapat meniru dan mengikuti cara penampilan, percakapan, perilaku dan kepimpinan ibu bapa mereka. Saya cukup terkilan melihat dan memerhatikan ramai sungguh di kalangan ibu bapa yg tidak dapat dijadikan contoh ikutan pada anak. Ada ibu bapa yg tidak pernah langsung solat, tidak solat cukup waktu. Pakaian ibu bapa yg tidak ‘cukup kain’. Ayah dgn seluar pendeknya, ibu dgn baju ketatnya, tidak bertudung. Ibu bapa menonton video / gambar ‘lucah’, yg lebih mengejutkan, ada yg menonton bersama-sama dgn anak. Astaghfirullahalazim.. Maka, bagaimanalah anak-anak yg dianugerahkan Allah itu mahu menjadi baik dan soleh. Bak  kata pepatah ‘bapa kencing berdiri, anak kencing berlari’.

Ada juga scenario, ibu bapa menghantar anak-anak ke sekolah agama untuk diberi pendidikan agama. Satu usaha yg baik telah dilakukan oleh ibu bapa, namun malangnya, ibu bapa sendiri tidak mahukan didikan agama untuk diri mereka sendiri. Anak-anak hanya terdidik dgn didikan agama di sekolah sahaja. Apabila pulang ke rumah, suasana beragama yg diamalkan di sekolah tidak dapat diteruskan. Ini menyebabkan anak-anak akan menjadi keliru dan sesat dalam mencari identity diri yg sebenar. Adakah ibu bapa hanya mahukan anak-anaknya sahaja yang masuk syurga? Bagaimana pula dgn diri sendiri?

Ibu bapa seharusnya mempersiapkan diri dgn ilmu dan iman di dalam dada. Agar rumahtangga yang dibina akan sentiasa dirahmati dan diberkati oleh Allah. Apabila rumahtangga diberkati dan dirahmati Allah, akan hadirlah kasih sayang, kedamaian dan ketenangan pd setiap jiwa yg mendiami rumah tersebut. Andai kata ibu bapa masih lagi ada banyak kekurangan dan kelemahan dalam mengurustadbir keluarga, bersegeralah melakukan perubahan. Jangan tunggu lagi. Jangan kalian gadaikan harta paling berharga yang telah dikurniakan Allah pd kalian; iaitu anak-anak permata hati, demi untuk memuaskan nafsu dunia kalian. Binalah ‘rumahku syurgaku’ bersama-sama.

Tepuklah dada tanyalah iman. Akal yang hidup sentiasa berfikir, hati yang hidup sentiasa berzikir.. 

1 comment:

  1. takut sekali memikirkan masa depan anak-anak dgn keadaan masyarakat sekarang..

    ReplyDelete