Pages

25 November 2011

Doa Akhir Tahun & Awal Tahun Hijriyah



Assalamualaikum.. Kepada semua pembaca budiman, tahun baru Hijrah akan menjelma tidak lama lagi. Sebagai umat Islam, kita disunatkan untuk membaca Doa Akhir Tahun dan Doa Awal Tahun pada hari tersebut.


Doa akhir tahun dibaca pada hari terakhir pada tahun tersebut, iaitu pada waktu akhir Asar,sebelum masuknya waktu Maghrib. Doanya seperti berikut:

 Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang. Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad SAW, juga ke atas keluarga baginda serta sahabat-sahabat baginda. 
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

Doa awal tahun pula dibaca selepas solat Maghrib pada hari pertama tahun berikutnya. Doanya seperti berikut:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka. 

Semoga kita semua dapat mengamalkan doa ini. Semoga tahun baru yang akan datang ini akan menjadikan diri kita sebagai hamba Allah yang lebih bertaqwa. Amin... 

No comments:

Post a Comment