Pages

29 November 2011

Isteri Bekerjaya VS Surirumah



Dulu sebelum berumahtangga, hati ini pernah berkata-kata..nak jadi surirumah sepenuh masa atau bekerja? Setelah berfikir, hati kuat mengatakan untuk menjadi surirumah sepenuh masa. Antara sebab-sebabnya ialah, ingin menumpukan sepenuh perhatian pada suami dan anak-anak nanti. Lagipun, melihat kepada perbezaan cara hidup isteri bekerja dan tidak bekerja amat berbeza pada waktu itu. Surirumah dapat menguruskan rumahtangga dengan baik. Anak-anak terurus, pendidikan anak-anak baik, anak-anak pandai mengaji Al-quran, kerja-kerja rumah pun dapat dibereskan dengan segera. Bermula dengan mengemas rumah, menghias rumah, membasuh baju, melipat baju, masak, mengasuh anak kecil, menyusukan sendiri anak, menyambut suami pulang dari kerja dan lain-lain lagi. Terasa lengkap dan sempurna dan menepati peranan sebenar seorang isteri..

Namun, itu dulu..sekarang saya sudah berumahtangga. Tuntutan kewangan dan kos sara hidup yang tinggi tidak memungkinkan semua itu..(setakat ini la..tak tau la akan datang bagaimana) Saya sebagai anak sulung dalam keluarga yang tidak berada perlu memikul tanggungjawab membantu abah dan mak menyara adik-adik yang masih belajar. Abah dan mak hanya bekerja sendiri. Syukur Alhamdulillah, suami memahami keadaan ini. Walaupun dulu, dia juga mahukan saya menjadi surirumah sahaja. 

Menjadi isteri yang bekerja memang menuntut satu pengorbanan yang amat besar, Kerana apa? Kerana saya terpaksa menguruskan dua ‘dunia’. Satu dunia majikan saya, dan satu lagi dunia rumahtangga saya. 1/3 daripada hari saya, telah diperuntukkan untuk majikan, 2/3 lagi untuk urusan rumah tangga. Banyak liku-liku, selok-belok yang perlu dipelajari setiap masa dalam menjalankan tugas sebagai isteri bekerja. Di sini, ingin saya kongsikan beberapa cadangan sebagai isteri bekerjaya..


1.      Mesti kuat bergantung dan berharap pada Allah (surirumah pun kena juga). Mengadukan segala masalah,kekurangan dan kelemahan pd Allah. Memohon kekuatan mental dan fizikal utk menguruskan rumahtangga.
2.      Bangun pagi awal, contohnya pukul 5. mulakan dgn qiamullail spt solat tahajud, solat taubat dan solat hajat.
3.      Lakukan persiapan utk suami, anak dan diri sendiri. Sebaik-baiknya sediakan sarapan, walaupun hanya roti dan air panas sahaja.
4.      Salam suami dan anak sebelum pergi kerja dan sekolah.
5.      Pulang dari kerja secepat yang mungkin. Tak perlulah lepak-lepak dgn kawan-kawan krn ‘kerja rumah’ sedia menunggu.
6.      Ambil anak dr sekolah/nursery sebaik selepas pulang dr kerja. Jangan biarkan anak di nursery lama-lama. Anak sepatutnya sentiasa berada di sisi kita.
7.      Salam suami bila sudah sampai rumah kalau suami dah sampai rumah dulu, atau sambut suami bila suami pulang.
8.      Bersihkan diri dan sediakan makan malam.
9.      Bantu anak buat kerja sekolah, ajar anak mengaji al-Quran.
10.  Siapkan pakaian suami, anak dan sendiri utk keperluan kerja dan sekolah esoknya. Jangan tunggu pagi esok baru nak sediakan.
11.  Basuh baju pada sebelah malam dan dijemur di ampaian.
12.  Mengemas rumah sebelum masuk tidur.
13.  Tidurkan anak lebih awal sebelum sendiri masuk tidur.
14.  Bersihkan diri, pakai cantik dan berwangi-wangian dan masuk tidur. Jangan masuk tidur dlm keadaan yang ‘berbau’ dan ‘kusut masai’. J
15.  Ambil food supplement untuk menambahkan stamina dan kesihatan diri supaya dapat menjadi isteri dan ibu yang proaktif.
16.  Jangan bawa ‘kerja pejabat’ balik ke rumah. Selesaikan segala tugas di tempat kerja. Ini pantang-larang yang wajib dipatuhi J

Itulah sebahagian cadangan yg dapat saya kongsikan. Mungkin anda pun ada cadangan yang lebih baik drp saya, bolehlah berikan cadangan anda di ruangan komen. Selamat beramal!

2 comments:

  1. sALAM.

    Alhamdulilah sya hanya seorang surirumah atas permintaan suami tercinta.

    Pd sya menjadi wanita berkerjaya terutama yg telah berumahtangga pasti memenatkan. InsyaAllah kepenatan anda itu dibalas dengan hikmah berkali ganda :-)

    ReplyDelete
  2. Wsalam..Mekar,

    InsyaAllah,kita sama2 akan diberikan ganjaran pahala atas tggjawab yg kita laksanakan sbg isteri dan ibu. Jihad seorang wanita adalah menguruskan rumahtangganya..

    ReplyDelete