Pages

28 November 2011

Sedekah



Sedekah menjadi tajuk pilihan utk saya menulis kali ini. Pd pendapat saya, sedekah merupakan jln yg mudah utk kita menambahkan pahala amalan kita andai kita ikhlas melakukannya. Suami saya selalu berpesan supaya rajin-rajinlah bersedekah..

Banyak kelebihan yang kita dapat daripada amalan sedekah ini. Satu, kita dapat melatih diri kita dengan sifat pemurah, sekaligus menghakis sifat kedekut dan bakhil dalam diri. Dua, kita dapat membersihkan harta kita drpd sumber2 yg tidak halal dan shubhah (yg ada keraguan pdnya). Tiga, kita dapat membantu golongan yg memerlukan meringankan beban yang ditanggung oleh mereka. Empat, dengan bersedekah dapat menghapuskan dosa-dosa yg telah kita lakukan. Lima, dengan bersedekah juga dapat menyembuhkan penyakit yang ada pada kita dan menghindarkan diri kita drp sebarang penyakit. Enam, dengan bersedekah akan menjadikan rezeki dan harta kita semakin bertambah dan berkat..dan banyak lagi kelebihannya..

Selain itu, melalui sedekah, Allah telah menjanjikan pahala yg berlipat kali ganda. Pahala sedekah umpama sebiji benih yang daripadanya akan tumbuh tujuh tangkai. Dan setiap tangkai akan tumbuh pula 100 buah. Bayangkan, betapa banyaknya ganjaran pahala yg akan kita dapat hanya dgn bersedekah. Oleh itu, janganlah kita 'menyorok tangan' untuk bersedekah.

Sedekah juga merupakan amalan yg tidak akan putus pahalanya. Ini kerana, Nabi kita Muhammad SAW telah bersabda mengatakan bahawa setiap manusia yang mati (meninggal dunia) akan terputus segala amalannya di dunia melainkan tiga perkara iaitu, ilmu yg bermanfaat, doa anak yg soleh dan sedekah jariah. Nah! Sedekahlah  yang akan dapat membantu kita semasa kita berada di alam kubur nanti.

Di sini, suka untuk saya bawakan sedikit perbandingan khususnya bagi kaum wanita. Pada pendapat saya, kaum wanita banyak membazirkan wang dan hartanya pada perkara-perkara yang tidak perlu. Contohnya, alat-alat solek yang berlebihan seperti bedak compact, blusher, eye shadow, lipstik dll lagi, sedangkan bersolek di luar rumah dan dilihat oleh bukan mahram adalah berdosa. Kasut-kasut yang pelbagai fesyen, dan yang mahal-mahal, sedangkan di rak kasut sudah penuh dgn kasut yang sedia ada. Minyak wangi dan losyen yang pelbagai jenis, sedangkan berwangi-wangian di luar rumah adalah berdosa dan macam-macam lagilah. Jika dikumpulkan harga setiap barang-barang tersebut, dan disedekahkan pd golongan yg memerlukan, sudah pasti banyak ganjaran pahala yg akan kita dapat.





Oleh itu, sahabat-sahabat sekalian, janganlah kita teragak-agak, atau berat hati, atau kedekut utk menghulurkan sedekah setelah kita mengetahui betapa banyaknya kelebihan dan ganjaran pahala yg akan kita dapat. Alangkah ruginya kita!

1 comment: